tag:blogger.com,1999:blog-1600327711539184608.post6459959776585334450..comments2023-12-10T10:44:49.893+07:00Comments on Ukur: Situs Sejarah | Candi Muara TakusUnknownnoreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1600327711539184608.post-7212478191815417892012-10-20T22:26:30.511+07:002012-10-20T22:26:30.511+07:00Banyak peristiwa budaya masyarakat Kampar masa lal...Banyak peristiwa budaya masyarakat Kampar masa lalu yang belum dicatat atau dipublikasikan dengan baik. Satu diantaranya adalah Batobo. Ia bahasa ocu asli yang diartikan dalam bahasa Indonesia gotong royong secara bergantian ke sawah masing masing anggotanya, mirip arisan tetapi bukan uang melainkan kerja kesawah. Kegiatan batobo saat ini sudah kelihatan mau menghilang di bumi kampar, kalaupun ada tinggal sedikit dibeberapa daerah pinggir. Itu pun sudah sulit terlihat.

Batobo dilakukan dengan inten semasa tahun 80an kebawah. Kampar adalah daerah agraris, masyarakat yang bertanam padi disawah dan berladang padi dihutan. Semangat kekeluargaan yang tinggi dengan didasari masyarakat agamis khususnya Islam, menjadikan kegiatan batobo berjalan sukses selama sampai tahun 80an. Sejak itu ia mulai memudar dan hampir hilang dan tidak tertulis pada catatan masyarakat, sehingga anak cucu masyarakat Kampar hari ini hampir tidak mengenalnya lagi.

Setiap kepala keluarga masa dahulu memiliki tanah garapan atau hutan garapan, bumi kampar pada tahun 80an kebawah adalah pemandangan berupa tanaman padi menghijau musim bertanam, dan padi menguning pada musim panen. Ketika itu belum ada tanaman kebun Sawit di Kampar, 75 % masyarakat memiliki sawah dan hutan untuk ladang dengan pola bakar yang disebut dengan istilah manugal padi. Orang tua masa itu dapat memberi makan keluarga tampa membeli beras, kerena setiap kelurga memiliki beras produk sendiri.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1600327711539184608.post-88484068842501600912012-05-31T05:17:39.406+07:002012-05-31T05:17:39.406+07:00Orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) k...Orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:

i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)

Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:

i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu

Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.

Pada awalnya Orang Kampar datang ke malaysia / Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. Mereka menguasai bidang-bidang peniagaan kecil seperti perniagaan kain di pekan-pekan sehari terutamanya di daerah Pahang Selatan. Di bandar Temerloh, para peniaga orang Kampar mendiami rumah kedai di Jalan Abu Bakar (bangunan pink) dan deretan kedai yang di kenali sebagai Kedai Lintang (kerana kedudukannya melintang di hujung dua blok rumah kedai Jalan Abu Bakar. Sudirman Hj Arshad seorang penghibur Nombor 1 Malaysia pada satu masa dulu ialah seorang anak Kampar kelahiran Temerloh yang paling terkenal di Pahang. U-Wei Hj Saari, seorang pengarah filem terkenal Malaysia ialah anak Kampar kelahiran Mentakab.

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia : kampar, perak

Kalau kita lihat nama pekan Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarahwan kita bahawa nama pekan ini adalah diambil sempena nama Kampar yang ada di Sumatera, Indonesia.

Wujudnya perkaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.

Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali dating ke sini ialah pada 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang Sungai Kuala Dipang, Sungai Kampar, Sungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah Kampung Jeram di tebing Sungai KeboiAnonymousnoreply@blogger.com